fbpx

Barang kes bernilai RM1.58 juta dilupuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairi (tiga kanan) menunjukkan sampul berisi barang kes yang dilupuskan pihaknya pada majlis di Balai Polis Kapar, hari ini. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

KLANG – Polis melupuskan barang rampasan bernilai RM1.58 juta melibatkan 402 kertas siasatan sepanjang 2021 hingga 2023 di Balai Polis Kapar, di sini, hari ini.

Ini melibatkan 5,520 barang kes melibatkan perjudian, kontraban, pelaburan bitcoin selain wang tunai berjumlah RM66,904 yang dirampas sepanjang tempoh itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd. Khairi Shafie berkata, kesemua barangan kes dibuat dengan cara menghancurkan mesin berkenaan secara manual manakala pelupusan secara pemeruapan dan kitar semula melibatkan minuman keras.

Katanya, wang tunai pula diserahkan kepada perbendaharaan Malaysia bagi tujuan pelupusan.

“Proses pelupusan itu dilakukan oleh syarikat yang menerima pensijilan daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara bagi melakukan pelupusan aset kerajaan selaras Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007,” katanya berucap pada Majlis Pelupusan Barangan Kes Bahagian SIasatan Jenayah IPD Klang Utara di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berlainan, beliau memaklumkan berlaku peningkatan indeks jenayah sebanyak tujuh peratus iaitu 877 kes direkodkan tahun lalu berbanding 816 kes pada 2022.

“Paling banyak direkodkan adalah kes pecah rumah, samun dan curi kenderaan. Kebanyakannya melibatkan orang tempatan dan pesalah yang melakukan kesalahan berulang.

“Justeru, kita melancarkan Operasi (Op) Aman yang berjalan secara bersepadu dengan ibu pejabat Bukit Aman, Ibu pejabat Kontinjen Selangor (IPK) dan IPD Klang Selatan sejak 15 Januari lalu,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI