WASHINGTON – Data menunjukkan gelombang radio terputus di perairan barat Amerika Syarikat (AS) dan rantau Amerika Selatan sekitar pukul 4.20 petang (waktu tempatan) kelmarin, lapor portal berita UNILAD.
Masalah itu berlanjutan beberapa saat, manakala satu lagi ribut suria melanda Bumi semalam.
Berikutan itu, Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas (SWPC) berkata, terdapat kira-kira 60 peratus risiko ribut suria akan mengganggu grid elektrik.
Ini juga akan menyebabkan gelombang radio dan komunikasi penerbangan terjejas.
Ahli kaji cuaca angkasa lepas, Tamitha Skov berkata: “Ya, risiko bagi gelombang radio terputus semakin meningkat.”
Namun katanya, ribut suria itu tidak mendatangkan kesan serius terhadap infrastruktur kritikal.
“Ribut ini akan diikuti dengan dua lagi, kemungkinan tiga (ribut suria) sehingga 25 Januari 2024” katanya. – AGENSI