fbpx

Malaysia tuntut Israel dipertanggungjawabkan – Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad menegaskan pendirian Malaysia berhubung isu Palestin kepada Majlis Keselamatan PBB hari ini.

PETALING JAYA – Malaysia menuntut Israel bertanggungjawab ke atas pelanggaran undang-undang antarabangsa yang dilakukan terhadap Palestin.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau menyatakan pendirian Malaysia tersebut kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

“Alhamdulillah selesai menyatakan pendirian Malaysia di Debat Terbuka Peringkat Menteri di Majlis Keselamatan PBB berhubung Isu Palestin yang diadakan di Security Council Chamber, UN headquarters.

“Telah saya suarakan bahawa Malaysia menuntut Israel bertanggungjawab ke atas pelanggaran undang-undang antarabangsa yang jelas dilakukannya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Mohamad berkata, Malaysia juga menyambut baik dan menyokong keputusan Afrika Selatan untuk memulakan prosiding perundangan ke atas Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Menurut beliau, Malaysia juga dengan tegas menyeru Majlis Keselamatan PBB mengambil tindakan segera untuk menghentikan pembunuhan rakyat Palestin dengan segara mengadakan gencatan senjata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI