fbpx

Warga Pakistan tiada lesen GDL jadi pemandu van syarikat kurier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota JPJ Selangor ketika operasi di Plaza Tol Puchong Selatan malam ini.

PUCHONG –  Van syarikat kurier yang dipandu lelaki warga Pakistan disita anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor selepas pemandu terbabit didapati tidak memiliki Lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL).

Lelaki berusia 30an itu dipercayai bekerja sebagai pemandu van syarikat tersebut sejak beberapa bulan lalu dan ketika ditahan di Plaza Tol Puchong Selatan hari ini, seorang wakil syarikat cuba meminta ehsan anggota JPJ melepaskan pemandu bersama van berkenaan.

Bagaimanapun, pujuk rayu individu itu tidak dilayan anggota JPJ dan tindakan sita ke atas kenderaan itu tetap diteruskan.

Dalam perkembangan sama, JPJ turut menahan beberapa lelaki warga asing yang menunggang motosikal milik individu lain disamping tidak memiliki sebarang perlindungan insurans serta lesen yang sah.

Menurut Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, operasi bersepadu itu dijalankan secara serentak melibatkan dua lokasi iaitu Plaza Tol Puchong Selatan dan Plaza Tol Damansara.

Katanya, operasi bermula pukul 8.45 malam itu melibatkan seramai 142 pegawai dan anggota terdiri daripada JPJ Selangor, Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), kakitangan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) dan lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

“Setakat pukul 9.30 malam, operasi ini melibatkan pemeriksaan sebanyak 1,217 kenderaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI