PARIS – Persatuan Bola Sepak Perancis mengumumkan Anugerah Ballon d’Or 2020 terpaksa dibatalkan gara-gara pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
Keputusan itu bermaksud bintang Barcelona, Lionel Messi akan mengekalkan gelaran Ballon d’Or yang dimenangi tahun lepas bagi tempoh 12 bulan lagi.
Messi dan pemain Juventus, Cristiano Ronaldo pada awalnya dijangka bakal bersaing merebut gelaran tersebut tahun ini bersama-sama penggempur Bayern Munich, Robert Lewandowski serta pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne.
Sebagai rekod, pemain antarabangsa Argentina itu merupakan pemenang terbanyak apabila merangkul gelaran Ballon d’Or sebanyak enam kali, diekori rapat Ronaldo dengan lima kali.
Selain Messi, pemain wanita Amerika Syarikat (AS), Megan Rapinoe turut mengekalkan gelaran Ballon d’Or bagi kategori wanita untuk tempoh setahun lagi. – AGENSI