fbpx

Terbuka Australia: Kalinskaya muncul cabar kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KALINSKAYA berjaya meneruskan rentak cemerlang apabila berjaya melangkah ke suku akhir Terbuka Australia untuk bertemu Zheng. - AFP

MELBOURNE – Biarpun turun selaku bukan pilihan, pemain Russia, Anna Kalinskaya tetap membuktikan dia antara pencabar di Grand Slam Terbuka Australia selepas melangkah ke suku akhir sejurus mengatasi pemain pilihan ke-26, Jasmine Paolini.

Pemain berusia 26 tahun tersebut mengakui dia sentiasa fokus setiap perlawanan dan tidak berasa gugup selepas mara ke suku akhir buat kali pertama di Terbuka Australia.

Pemain nombor 75 dunia itu tidak pernah melepasi pusingan pertama sewaktu membuat penampilan di Melbourne, tetapi dia mengakui semakin matang sebelum melakar kemenangan straight set 6-4, 6-2 ke atas Paolini.

“Saya rasa ketika ini saya kekal tenang dan positif. Saya tidak memikirkan apa yang berlaku dan hanya menikmati setiap perlawanan.

“Tetapi, keputusan yang saya raih di Melbourne ini pastinya meningkatkan keyakinan saya untuk masa depan terutama bersaing di kejohanan besar seperti ini,” katanya

Hasil keputusan tersebut, Kalinskaya dijadual menentang pemain pilihan ke-12 dari China, Qinwen Zheng hari ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI