fbpx

Tze Yong ada peluang sertai BATC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TZE YONG berpeluang cerah beraksi pada BATC bulan depan jika sempat pulih sepenuhnya daripada kecederaan belakang badan.

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong enggan terburu-buru untuk kembali ke gelanggang semula biarpun ke­adaannya dilihat semakin pulih, sebaliknya mahu terus mengikuti proses pemulihan yang ditetapkan sebelum kembali menyertai kejohanan besar.

Tze Yong mengakui kecede­raan belakang badan dialami ketika pusingan pertama Terbuka Malaysia 2024 dua minggu lalu mula beransur pulih selepas kembali menjalani latihan ringan bersama kem kebangsaan.

Pemain berusia 24 tahun itu menegaskan, dia tidak lagi merasai kesakitan ketika menjalani sesi latihan bersama jurulatih perseorangan lelaki kebangsaan, Datuk Tey Seu Bock di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

“Saya tak berlatih secara penuh, jadi belum merasainya ­(sakit) dan tak tahu sama ada sembuh sepenuhnya lagi ataupun tidak. Minggu lalu, saya ­hanya menjalani latihan teknik yang ringan, tetapi sejak semalam, ada sedikit perbezaan.

“Tadi (semalam) ketika berlatih, saya tak rasa sakit kerana mengikuti program latihan yang sudah ditetapkan,” kata Tze Yong yang mungkin kembali ber­aksi pada Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam dijadualkan bermula 13 Februari ini.

Sementara itu, Seu Bock berkata, proses pemulihan Tze Yong memerlukan tempoh dua hingga tiga minggu lagi dan BATC adalah pentas pertama untuk pemain berkenaan kembali beraksi selepas terlepas Indonesia Masters dan Thailand Masters.

“Dia masih dalam proses pemulihan dan itu fokus kita. Setiap pagi dia datang untuk buat pemulihan dan selepas itu berlatih, tetapi pergerakannya terhad, tak boleh secara penuh. Kita kena mengikuti proses ­pemulihannya.

“Dia memerlukan tempoh dua ke tiga minggu. Sakitnya sudah berkurang, tetapi kita tak mahu buat sesuatu sehingga sakitnya kembali. Sekarang belum pulih sepenuhnya dan kalau dipaksa, ia bukan sesuatu yang bagus,” ­jelas Seu Bock.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI