fbpx

Inul Daratista sangka dicurangi suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENA 'prank' seolah-olah suami berlaku curang, itu kejutan paling dahsyat pada sambutan hari jadi Inul baru-baru ini.

GARA-GARA kejutan ulang tahun ke-45, penyanyi Inul Daratista menangis apabila menyangka suaminya, Adam Suseno berlaku curang.

Kejadian tersebut bermula apabila anak mereka mengadu bahawa ayahnya berada di kamar hotel bersama seorang wanita.

Enggan membiarkan insan tercinta disondol wanita lain, penyanyi dangdut popular itu menyerbu lokasi seperti dikatakan anaknya,
Yusuf Ivander Damares.

Sebaik pintu bilik hotel dibuka, Inul yang kelihatan emosi terus mencari Adam, namun secara tiba-tiba kelihatan suara ramai orang dari bahagian dalam kamar.

Terkejut dengan kehadiran teman terdekat mereka, Inul tidak mampu menyembunyikan air matanya.

Dalam video yang dikongsi di Instagram itu dapat dilihat pemilik nama sebenar Inul Rokhimah itu menangis tersedu-sedu sehingga dipujuk Adam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI