BAGI selebriti, imej dan tatarias depan khalayak mahupun dalam laman sosial menjadi perkara utama yang harus diberi perhatian.
Malah ramai dalam kalangan individu popular, terutama selebriti wanita tidak akan keluar rumah tanpa bersiap atau mengenakan solekan tebal.
Begitupun, pelakon Luna Maya yang sudah mencecah garis usia 40-an mempunyai pandangan berbeza apabila mengakui tidak takut orang melihat wajahnya tanpa mekap.
Selain keluar rumah tanpa mengenakan secalit pun solekan dia juga selesa berkongsi wajah polosnya dalam Instagram.
Wanita yang kini menjalin hubungan cinta dengan pelakon juga model kacak, Maxine Bouttier menegaskan, dia sedang menikmati proses alami.
Bahkan jarak usia 10 tahun dengan kekasihnya yang lebih muda juga dianggap sebagai rahsia terus kekal seperti tidak dimamah usia.
Aktor berdarah Perancis itu juga dikatakan sudah melamarnya, namun Luna belum memberikan sebarang pengesahan.