fbpx

Pelarasan tarif air: Tiada sebab berlaku kenaikan harga barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARMIZAN (kiri) bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh memeriksa harga barangan keperluan asas di sebuah pasar raya pada Majlis PJIR TMM 2024, di Melaka. - foto SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

ALOR GAJAH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengambil tindakan tegas sekiranya ada peniaga menaikkan harga barangan selepas penguatkuasaan pelarasan tarif baharu air bermula 1 Februari ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, pelarasan tersebut hanya melibatkan tarif air dan tidak sepatutnya memberi kesan berlakunya kenaikan harga barang.

Menurutnya, KPDN akan memantau situasi tersebut selain bersedia menerima sebarang aduan jika berlaku unsur-unsur pencatutan.

“Tidak ada sebab berlakunya kenaikan harga barangan secara langsung kerana ia sekadar melibatkan pelarasan tarif baharu air.

“Namun kita sedang meneliti untuk menerima sebarang aduan sekiranya berlaku unsur-unsur pencatuta,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jualan Ihsan Rahmah (PJIR) Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 di Masjid Tanah, di sini hari ini.

Sebelum ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan pelarasan kadar tarif air di bawah Mekanisme Penetapan Tarif bagi pengguna kategori domestik di seluruh Semenanjung dan Labuan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari ini.

Tambah Armizan, PJIR yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negeri ini pada setiap 24 haribulan bermula Januari hingga Disember 202 merupakan salah satu inisiatif KPDN bersama pihak swasta dan industri sebagai cabang baharu Agenda Payung Rahmah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI