fbpx

Lelaki dituduh edar 528kg syabu dalam hutan simpan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fazli (hadapan) tiba di Kompleks Mahkamah Kangar bagi pertuduhan mengedar dadah, hari ini.

KANGAR – Seorang lelaki berusia 36 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar 528 kilogram (kg) syabu di kawasan hutan simpan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Padang Besar, dekat sini pada 10 Januari lalu.

Tertuduh, Mohd. Fazli Aziz, 36, yang melakukan kerja-kerja rencam mengangguk faham sebaik pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Majistret, Nurshahida Abdul Rahim.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 528kg dalam kawasan semak di hutan simpan FRIM (Hutan Simpan Mata Ayer Utara) di Padang Besar kira-kira pukul 4 pagi, 10 Januari lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 22 Mac depan sementara menunggu keputusan laporan kimia.

Kosmo! pada 15 Januari lalu melaporkan polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas merampas 528kg syabu bernilai RM19 juta di satu kawasan hutan simpan persekutuan di Padang Besar, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, ia susulan penahanan seorang lelaki warga tempatan di sekitar negeri ini pada 10 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI