fbpx

Na’imah selesai bayar ikat jamin RM250,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Na'imah

KUALA LUMPUR – Toh Puan Na’imah Khalid selesai membayar ikat RM250,000 seperti yang ditetapkan Mahkamah Sesyen di sini.

Beliau yang memakai baju kurung berwarna hijau selesai membayar ikat jamin itu kira-kira pukul 12.30 tengahari.

Sebelum beredar meninggalkan kompleks mahkamah, isteri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin mengadakan sidang akhbar yang dihadiri puluhan media.

Terdahulu Na’imah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan tidak mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pengisytiharan harta.

Bagaimanapun Na’imah, 67, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, Na’imah didakwa telah dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis di bawah seksyen 36(1)(b) akta SPRM 2009 (Akta 694) bertarikh 8 November 2023 yang telah dihantar kepada tertuduh oleh seorang pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi pada 14 November 2023.

Ia yang mana, tertuduh tidak mengisytiharkan harta-harta seperti yang dinyatakan dalam lampiran A antaranya bangunan Menara Ilham, dua kereta Mercedez Benz serta beberapa aset harta di Bukit Tunku, Taman Tun Dr. Ismail dan Pulau Pinang.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) No.2, Lebuh Wawasan, Presint 7, Putrajaya pada 13 Disember tahun lalu.

Justeru pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut seksyen 36(2) Akta SPRM (Akta 694) yang memperuntukkan hukuman penjara
tidak lebih lima tahun dan boleh didenda tidak lebih RM100,000 jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI