fbpx

Dua warga China guna Sim Box tidak diperakui didenda RM 50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki warganegara China dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

SEREMBAN – Dua lelaki warganegara China masing-masing didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Huang Xiaomin, 40, dan Zhang Cheng, 22, selepas kesemua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah.

Hakim turut menetapkan 10 bulan penjara sekiranya kedua-dua tertuduh gagal membayar jumlah denda itu.

Berdasarkan pertuduhan Huang Xiaomin didakwa menggunakan 41 unit Sim Box tiada jenama dan model yang tidak diperakui oleh Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.

Manakala, Zhang Cheng pula didakwa menggunakan 34 unit Sim Box tiada jenama dan seunit network switch jenama tenda yang tidak diperakui oleh Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.

Berikutan itu, kesemua OKS didakwa di bawah Peraturan-Peraturan 16(1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) pindaan 2022 dan Peraturan 16 (3) peraturan sama yang boleh dihukum di bawah peraturan sama yang membawa hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu denda yang rendah dengan alasan mereka mempunyai tanggungan keluarga.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Syamimi Farhana Muhammad A. Aziz memohon hukuman denda setimpal supaya memberi pengajaran terhadap kesemua tertuduh dengan mengambil kira kedua-dua tertuduh warganegara luar dan tidak wajar melakukan jenayah ketika berada di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI