fbpx

PGA tahan pengedar dadah miliki peluru,kelongsong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peluru,kelongsong dan dadah jenis methamphetamine yang dirampas oleh PGA Batalion 8 di Pasir Mas semalam. Pix - Ihsan PGA Batalion 8

PASIR MAS – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah ketika sedang menjalankan rondaan Ops Benteng di Kampung Aur China, Slow Machang di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA, Superitendan Muhammad Shamsuddin berkata, lelaki berusia  lingkungan 20-an itu ditahan kira-kira pukul 9.15 pagi sewaktu berada di lokasi tersebut.

Katanya, suspek turut ditahan bersama satu tiub mengandungi dadah dipercayai jenis methamphetamine, sebutir peluru dan satu kelongsong peluru jenis SME2-10.

“Suspek diperiksa selepas dia berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan itu.

“Suspek memberi alasan bahawa peluru dan kelongsong itu merupakan koleksinya sendiri, yang dibawa bersama,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Muhammad berkata, suspek telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960(Akta 206) kerana memiliki peluru dan kelongsong, Seksyen 12(2)Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) Akta yang sama. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI