fbpx

[VIDEO] Rezeki nelayan dapat kerapu kertang 67kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz membawa ikan kerapu kertang seberat 67kg menggunakan kereta sorong di Jeti Nelayan Sedili Kecil, Kota Tinggi, hari ini.

KOTA TINGGI – Seorang nelayan bagaikan mendapat rezeki datang bergolek apabila berjaya membawa naik seekor ikan kerapu kertang seberat 67 kilogram (kg) ketika turun mencari ketam di perairan Sedili Kecil di sini pagi tadi.

Abdul Aziz Abdullah, 57, berkata, dia turun ke laut dengan menaiki bot pada pukul 8 pagi seorang diri untuk memasang jaring ketam di kawasan perairan terbabit.

Jelasnya, ketika perjalanan pulang ke darat, dia ternampak seperti ada barang hanyut berwarna hitam.

“Lepas pasang jaring ketam, saya nak baliklah, masa dalam perjalanan saya nampak macam ada benda terapung, mula-mula ingatkan sampah.

“Bila saya himpit nampak kelibat ikan kerapu kertang terapung, dia macam pening-pening, lepas itu dia tenggelam balik, lama juga saya tunggu dekat 20 minit sebelum ikan timbul balik,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, dia cuba menangkap ikan tersebut namun tidak berhasil ekoran tiada peralatan dan ikan itu terlalu besar sebelum dia ke jetei mendapatkan bantuan peraih serta nelayan lain.

“Beberapa nelayan lain membantu saya naikkan ikan itu sebelum dibawa ke darat, bila timbang berat ikan 67kg. Ini paling besar pernah dapat sebelum ini memancing dapat kerapu 50kg, kali ini macam rezeki datang bergolek,”katanya.

Abdul Aziz berkata, dia mendapatkan bantuan peraih ikan sebelum dapat dijual kepada seorang pembeli dengan harga RM2,680.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI