fbpx

Jet peribadi terhempas di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wilayah pergunungan Badakhshan terletak di timur Afghanistan dan sempadan Tajikistan-Pakistan. - Ghaith Abdul-Ahad

KABUL –  Sebuah jet peribadi  membawa enam orang terhempas di sebuah wilayah pergunungan di Afghanistan selepas hilang dari radar awal semalam, lapor akhbar Metro UK.

Pasukan penyelamat dikerah ke lokasi kejadian dekat  daerah Zebak di wilayah Badakhshan, kira-kira 249 kilometer di timur laut ibu negara Afghanistan, Kabul.

Pihak berkuasa penerbangan awam Russia dalam satu kenyataan berkata, pesawat jenis Dassault Falcon 10  membawa empat kru dan dua penumpang itu terdahulu dilaporkan hilang.

“Pesawat dengan nombor pendaftaran Russia itu terputus komunikasi dan hilang daripada  skrin radar,” kata agensi tersebut.

Pesawat itu dikatakan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa -Tapao-Rayong-Pattaya di Thailand.

Sementara itu, akhbar The Guardian melaporkan, empat penumpang pesawat berkenaan ditemui dalam keadaan selamat sejurus pasukan penyelamat tiba di lokasi nahas semalam.

“Daripada enam orang yang menaiki penerbangan itu, empat selamat. Mereka mengalami pelbagai kecederaan, manakala nasib dua lagi mangsa sedang disahkan,” kata pihak berkuasa penerbangan awam Russia.

Menurut agensi berita RIA, pesawat ambulans itu  membawa seorang wanita Russia yang berada dalam keadaan tenat dari sebuah hospital di Pattaya menuju Moscow. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI