fbpx

Pembinaan 3 alur limpah PLSB Sungai Golok perlu disegerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akmal Nasrullah (kiri) ketika melawat Loji Rawatan Air Kampung Telok, Panji di Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ROSMIZAN RESDI / KOSMO!

KOTA BHARU – Pembinaan tiga alur limpah (spillway) di kawasan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok, Rantau Panjang akan segera dilaksanakan sebelum gelombang banjir keempat melanda negeri ini.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, setakat ini, perkara itu sedang dalam proses penilaian secara dalaman untuk meneliti kaedah yang boleh dilakukan untuk menyegerakan pelaksanaan projek berkenaan.

Menurutnya, penelitian perlu dilakukan termasuk memastikan saluran yang perlu dimulakan terlebih dahulu.

“Pandangan saya, pembinaan alur limpah itu perlu dijalankan pada tahun ini atau sebelum musim tengkujuh akan datang. Perkara ini perlu diteliti dalam usaha untuk menyegerakan projek tersebut.

“Sekiranya menggunakan kaedah sedia ada, ia mungkin akan mengambil masa yang lama. Perkara tersebut merupakan antara yang sedang diteliti dalam usaha untuk menyegerakan pembinaan alur limpah di kawasan itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Loji Rawatan Air Kampung Telok, Panji di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah memberitahu, tempoh masa yang diperlukan untuk pelaksanaan projek tersebut hanya akan diketahui selepas penelitian kaedah yang jelas dilakukan.

Katanya, setakat ini, lantikan kontraktor belum dilaksanakan memandangkan ia masih di peringkat penilaian secara dalaman.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, kerajaan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM6 juta untuk membina tiga alur limpah di kawasan PLSB Sungai Golok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI