fbpx

Agenda ekonomi Bumiputera perlu tatakelola yang jelas – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Pra Majlis Ekonomi Bumiputera hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Pra Majlis Ekonomi Bumiputera hari ini menegaskan agenda ekonomi Bumiputera adalah agenda nasional.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, agenda itu perlu sentiasa didasari dengan tatakelola yang jelas serta mendapat sokongan dan komitmen berterusan Syarikat Berkaitan Kerajaan.

“Mesyuarat turut membincangkan mengenai penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) yang akan diadakan pada 29 Februari hingga 2 Mac 2024.

“KEB 2024 bertujuan membantu Kerajaan menetapkan hala tuju dan pendekatan baharu serta penambahbaikan agenda Bumiputera yang adil, saksama dan inklusif,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, beliau memaklumkan Mesyuarat Pra Majlis Ekonomi Bumiputera hari ini turut dihadiri Timbalan-Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri berkaitan serta beberapa Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Berkaitan Kerajaan.

Menurut Anwar, mesyuarat berkenaan mendengar taklimat dan menyinggung kedudukan serta cabaran semasa dan akan datang terkait pembangunan ekonomi Bumiputera.

“Mesyuarat turut mendengar pandangan awal yang dibentangkan oleh pengerusi-pengerusi kluster sesi libat urus yang telah ditubuhkan bagi tujuan KEB 2024. Banyak isu di lapangan dan cadangan bernas yang dilontarkan.

“Saya menyambut baik kerjasama strategik yang diwujudkan dan menekankan kepentingan penyelarasan antara kementerian dan agensi yang berkaitan dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI