fbpx

EFL: Chelsea harap tuah Stamford Bridge

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA mengharapkan tuah beraksi di laman sendiri untuk mereka bangkit menewaskan Boro pada aksi awal pagi esok. - AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino optimis barisan pemain sudah bersedia untuk mengharungi minggu getir menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Liga Inggeris (EFL) menentang Middlesbrough di Stamford Bridge awal pagi esok.

Sebagai rekod, skuad The Blues ketinggalan 0-1 kepada pasukan Liga Kejuaraan yang dibimbing oleh Michael Carrick itu selepas tewas pada separuh akhir pertama awal bulan ini.

Menurut Pochettino, tempoh rehat hampir 10 hari yang dijalani oleh pasukannya selepas kali terakhir beraksi secara kompetitif pada 13 Januari lepas dijangka bakal memberi ‘kesegaran’ buat anak-anak buahnya untuk tampil lebih cemerlang nanti.

“Kita telah mengharungi jadual yang cukup padat sepanjang musim ini dan sekarang barulah pasukan ada masa untuk berehat dengan pemain diberi cuti selama tiga hari pada minggu lalu.

“Kini, selepas menjalani sesi latihan selama seminggu, saya lihat pasukan sudah bersedia untuk mengharungi perlawanan getir menentang Middlesbrough nanti.

“Bukan hanya perlu fokus pada aksi Piala Liga, kita juga bakal menghadapi aksi Piala FA bertemu Aston Villa pada hujung minggu ini sebelum berdepan Liverpool pada saingan liga nanti.

“Ketiga-tiga perlawanan itu cukup penting dalam usaha menentukan hala tuju pasukan musim ini dan saya percaya semua pemain bersedia untuk berikan seratus peratus,” katanya.

Sementara itu, penolong kapten The Blues, Ben Chilwell mengakui sudah cergas sepenuhnya selepas mengalami kecederaan panjang dan bersedia untuk diturunkan dalam kesebelasan utama jika diperlukan nanti.

“Saya gembira dapat buat kemunculan semula bersama pasukan dengan sokongan yang diberikan oleh penyokong cukup padu.

“Apa yang pasti, saya harap rekod lapan perlawanan tanpa tewas di laman sendiri dapat diteruskan ketika bertemu Middlesbrough nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI