fbpx

Dua juta sambut Thaipusam di Batu Caves

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein menunjukkan laluan yang akan ditutup sempena perayaan Thaipusam di sekitar Gombak.

GOMBAK – Dianggarkan kira-kira dua juta pengunjung akan membanjiri Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, di sini, sepanjang sambutan Thaipusam bermula malam ini sehingga 27 Januari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, sebanyak 1,600 pegawai dan anggota diatur gerak bagi memastikan keadaan di lokasi tersebut terkawal dan lalu lintas lancar.

Katanya, menerusi Op Palu 2024, pihaknya akan menutup tujuh laluan bagi memastikan kelancaran lalu lintas bermula pada malam ini.

Antara jalan yang akan ditutup Simpang Tiga Jalan Bunga Raya menghala ke Jalan Batu Caves, Lampu Isyarat Jalan Station (Baru Caves Bypass), susur dari arah Bulatan Batu Caves (MRR2) menghala ke Kuil Batu Caves.

“Turut sama ditutup susur dari arah Gombak (MRR2) menghala ke Kuil Batu Caves, Simpang Tiga Jalan SBC 8, Jalan Perusahaan dan simpang tiga lampu isyarat Sri Batu Caves,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Tegas beliau, bagi mengelakkan kesesakan, mereka yang menyambut perayaan itu dinasihati supaya menggunakan laluan alternatif dan pengangkutan awam.

Jelas Hussein, kenderaan yang dibawa ke kuil juga perlu diletakkan di kawasan yang ditetapkan selain memastikan dikunci bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

“Menerbangkan dron tanpa kebenaran juga adalah dilarang, bagi pihak yang mahu menggunakan dron, mereka  perlu mendapatkan kebenaran daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan memaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

“Tahun lepas kita lihat tiada kejadian serius berlaku, namun diingatkan kepada orang ramai agar tidak meninggalkan kunci pada kenderaan sekiranya parkir di sekitar kuil,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI