fbpx

Kerajaan segerakan mekanisme naik taraf lesen B2 ke B

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas Sesi Libat Urus Bersama Persatuan Motosikal Malaysia di Kementerian Pengangkutan, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAPA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan memberi jaminan untuk menyegerakan mekanisme pelaksanaan naik taraf lesen memandu motosikal kelas B2 kepada B secara automatik dalam masa terdekat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebelum pelaksanaan itu dimuktamadkan, beberapa perkara perlu dipertimbangkan seperti had umur dan tempoh pemilikan lesen memandu motosikal.

Beliau berkata, pelaksanaan naik taraf itu juga akan dimuktamadkan dalam mesyuarat terperinci antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam masa terdekat.

“Apa yang kami bincangkan tadi, ada tempoh tertentu dari segi umur iaitu pemohon tersebut mesti berumur 35 tahun ke atas.

“Keduanya, individu juga perlu memegang lesen B2 untuk satu tempoh yang tertentu, baru layak untuk mendapat ‘B full’.

“Perkara ini kita akan muktamadkan bila mesyuarat dengan JPJ dan JSPT,” katanya pada sidang akhbar selepas Sesi Libat Urus Bersama Persatuan Motosikal Malaysia di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid pada Ogos 2023 pernah mencadangkan untuk menaik taraf lesen memandu motosikal bagi kelas B2 kepada B secara automatik.

Malah, isu sama turut dibangkitkan oleh peserta sesi libat urus hari ini yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI