fbpx

Inisiatif Veteran MyWIRA bantu veteran ATM bekerja selepas bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven (tengah) bersama Adly Zahari (tiga dari kanan) ketika menghadiri majlis pelancaran inisiatif Veteran MyWIRA di Pusat Konvensyen Setia, Bayan Baru, hari ini.

BAYAN LEPAS – Kementerian Sumber Manusia melalui TalentCorp bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan menerusi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (Perhebat) memperkenalkan inisiatif Veteran MyWIRA untuk membantu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperoleh kerjaya baharu yang sesuai selepas bersara.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, pada tahun pertama program rintis itu jalankan, sebanyak 500 padanan pekerjaan yang sesuai akan ditawarkan kepada veteran ATM oleh rakan-rakan industri yang menyertai inisiatif itu.

“Bagi peringkat permulaan, syarikat semikonduktor, Micron menawarkan 25 peluang padanan kerja yang sesuai kepada veteran ATM. Mereka akan ditawarkan gaji antara RM2,900 dan RM4,200 bergantung kepada jenis pekerjaan.

“Inisiatif ini mempunyai potensi untuk diperluaskan dan dalam tempoh selepas dua tahun kami mensasarkan kira-kira 5,000 padanan pekerjaan yang berkualiti dalam pelbagai bidang kepada para veteran ATM,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran inisiatif Veteran MyWIRA di Pusat Konvensyen Setia di sini, hari ini.

Inisiatif Veteran MyWIRA itu merupakan kerjasama pertama Kementerian Sumber Manusia melalui TalentCorp, bersama Kementerian Pertahanan di mana inisiatif itu dapat membuka laluan kerjaya pasca persaraan serta meningkatkan kemahiran veteran ATM.

Sebagai projek rintis, Micron Memory Malaysia Sdn. Bhd. (Micron) yang merupakan sebuah syarikat yang meneraju ekosistem semikonduktor di negara ini menjadi rakan industri yang menyertai inisiatif tersebut dan akan memanfaatkan kemahiran unik veteran ATM untuk mengisi kekosongan jawatan dalam pasaran kerja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI