fbpx

Penonton konsert Coldplay di Malaysia antara tertinggi hantar Xylobands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peratusan pemulangan gelang Xylobands yang diumumkan oleh Coldplay sewaktu menjalankan konsert jelajahnya di Manila, Jumaat lalu.

PETALING JAYA – Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan peratus pemulangan gelang Xylobands tertinggi selepas penganjuran konsert Coldplay di ibu negara tahun lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram Coldplay Malaysia, peratusan pemulangan gelang itu sewaktu Konsert Jelajah Coldplay Music of Spheres di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah 90 peratus.

“Malaysia antara negara tertinggi merekodkan pemulangan gelang dan secara tidak langsung menunjukkan peminat di Malaysia menyokong usaha kitar semula daripada Coldplay.

“Bagi yang tidak tahu, gelang tersebut dipakai peminat ketika konsert berlangsung. la akan menyala mengikut rentak lagu yang dipersembahkan.

“Apabila konsert selesai, gelang ini perlu dipulangkan semula kepada penganjur untuk digunakan pada acara-acara seterusnya,” katanya.

Senarai pemulangan Xylobands di Tokyo, Jepun mencatat peratusan tertinggi iaitu 97 peratus, diikuti Copenhagen, Denmark sebanyak 96 peratus.

Argentina pula berada pada tangga ketiga iaitu sebanyak 94 peratus.

Kaohsiung, Taiwan meraih peratusan pemulangan 93 peratus diikuti Kuala Lumpur sebanyak 90 peratus.

Bagi Indonesia, pemulangan gelang Xylobands adalah antara yang terendah iaitu sebanyak 77 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI