fbpx

Hadanah bukan berebut, tapi untuk anak dapat kasih sayang sempurna – Fizi Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fizi Ali ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini. - Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI / KOSMO!

SHAH ALAM – Penyampai radio, Fizi Ali memaklumkan tindakannya memfailkan hadanah atau hak penjagaan anak di mahkamah bukan untuk berebut, sebaliknya mahu Nur Ameena Sofia, 5, mendapat kasih sayang yang sempurna.

Menurut Fizi atau nama sebenarnya Mohd. Hafizudin Alimudin, 37, dia mengharapkan Nur Ameena mendapat hak yang sepatutnya iaitu kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapa.

“Saya bukan hendak berebut ke hendak apa, lebih penting anak saya dapat kasih sayang daripada ibu dan bapa.

“Oleh kerana sebelum ini perbincangan berdua tidak dapat diselesaikan, saya rasa inilah jalan paling sesuai (hadanah),” katanya ketika ditemui hari ini.

Hari ini kedua-dua pihak hadir di Mahkamah Tinggi Syariah di sini bagi sebutan kes tuntutan itu yang difailkan pada Jun lalu.

Pada prosiding itu, Fizi selaku pemohon manakala bekas isterinya, Shakilla Khoriri, 35, pula bertindak sebagai defendan.

Hadanah bermaksud penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan diri sendiri sama ada lelaki atau perempuan atau dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.

Sebelum ini, media melaporkan Fizi memilih untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menyelesaikan kemelut membabitkan urusan penjagaan anak dengan Shakilla.

Jelas Fizi, dia masih tidak dapat berhubung dengan anak kesayangannya apabila panggilan telefon tidak dijawab dan mesej pula tidak berbalas.

Terdahulu, Fizi meluahkan rasa kesal apabila niatnya untuk berjumpa Siti Ameena semasa majlis graduasi di sebuah tadika pada 11 November lalu tidak kesampaian.

Fizi mendakwa dia menunggu anaknya itu untuk tampil membuat persembahan pada majlis konvokesyen tersebut, namun kelibat anaknya itu tiada.

Sebelum itu, Fizi memuat naik hantaran di Instagram meluahkan rasa rindu terhadap anaknya sehingga terbawa-bawa dalam mimpi.

Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2018 sebelum mereka mengumumkan penceraian pada Disember 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI