fbpx

Datuk Maslan, 10 yang lain didakwa terbabit Geng Upik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 11 individu Geng Upik dengan salah seorang bergelar Datuk dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini untuk pendakwaan.

KOTA KINABALU – Seramai 11 individu didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Upik’ di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini.

Semua individu termasuk seorang bergelar datuk berkenaan didakwa melakukan kesalahan itu di Kota Kinabalu mengikut kesalahan mengikut Seksyen 130 V (1) Kanun Keseksaan, Akta 574 dan boleh dihukum mengikut seksyen yang sama.

Tertuduh terbabit ialah Rahman Burijin, 44, Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45, Mohd. Fauzie Rablin, 33, Shahlan Shah Abdul Samad, 37, Datuk Maslan Sani, 41, Nelson Yen Yee Chung, 46, Mohd. Faridzul Asmahadi, 31, Fazrul Bahar, 32, Alkan Abraham, 35, Mazlan Mahmud, 41, dan Mahathir Jibarail, 49.

Masing-masing dituduh berdasarkan pertuduhan didakwa melakukan kesalahan bermula antara tahun 2015 hingga Disember 2023.

Seramai 11 individu termasuk seorang bergelar Datuk tiba di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu untuk pendakwaan hari ini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan dirakam terhadap tertuduh.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nazran Mohd. Sham di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd. Salim.

Sebutan semula ditetapkan pada 1 Mac depan sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, semua tertuduh tiba di Mahkamah Kota Kinabalu untuk pendakwaan pada pukul 8.18 pagi tadi.

Mereka dibawa menaiki lori polis dengan kawalan ketat anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dibantu bersama oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI