fbpx

Warga asing selamba ceroboh, buat macam rumah sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik di akaun Facebook berkenaan memaparkan rumah apartmen itu didiami oleh beberapa warga asing tanpa pengetahuan pemilik.

PETALING JAYA – Seorang pemilik tidak menyangka rumah apartmen yang ditinggalkan kosong selama bertahun-tahun, diceroboh dan didiami oleh warga asing tanpa pengetahuannya.

Perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Srilabu Kedah, sehingga tular dan mencuri perhatian ramai pengguna media sosial.

Katanya, rumah yang terletak di Puchong itu dimiliki oleh kawannya yang sedang menetap di Pantai Timur dan dibiarkan kosong sejak mula dibeli 10 tahun lalu.

Ujarnya, kawannya kemudian berhajat untuk menjual rumah tersebut dan memberi amanat kepadanya untuk menguruskan proses jual dan beli rumah terbabit.

“Pemilik lebih suka tinggal di kampung berbanding bandar. Jadi dia minta aku uruskan jual beli. Aku pun pergi nak tengok keadaan rumah macam mana.

“Bila sampai aku tengok ada orang dalam rumah. Aku pun telefon pemilik tu sekali lagi nak pastikan betul-betul ‘betul ke rumah ni kosong?’.

“Aku pun cakap kat dia ‘ada orang duk rumah ni, warga asing!’. Pemilik pun terkejut. Sebab dia tak pernah bagi sewa kepada sesiapa sejak beli lebih 10 tahun yang lalu,” katanya.

Lebih berani lagi, katanya, warga asing itu meminta dirinya mengemukakan bukti bahawa rumah tersebut benar-benar merupakan milik kepada kawannya.

“Seorang Bangla dia kata mereka lama dah tak bayar sewa dan tiada orang kacau sebelum ini. Jadi mereka minta bukti daripada pemilik yang nyatakan dia pemilik yang betul.

“Kita warga sendiri pun tak berani buat macam tu. Mereka berani-berani masuk duduk rumah orang buat dek saja. Air tarik dari rumah sebelah. Elektrik pula tak tahu sambung macam mana,” katanya.

Dalam pada itu, Srilabu Kedah berkata pemilik rumah berkenaan akan membuat laporan kepada polis dan pihak Jabatan Imigresen untuk tindakan seterusnya.

“Harap semua boleh kongsi dan ‘alert’ lagi-lagi kalau pemilik ada rumah tapi tak duduk situ. Berhati-hatilah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI