fbpx

IPD Miri buka kertas siasatan lelaki rentung dalam kebakaran kuarters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kuarters yang musnah dalam kebakaran, semalam dengan seorang lelaki ditemukan rentung.

MIRI – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri membuka satu kertas siasatan berhubung tragedi kebakaran kuarters pekerja di sebuah ladang sawit di kawasan Niah, dekat sini semalam, dengan seorang lelaki ditemukan rentung.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Orang ramai dinasihati tidak membuat sebarang spekulasi. Individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta tampil ke balai polis berdekatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, beliau berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 10.15 petang semalam daripada pengurus ladang berkenaan.

Alexson berkata siasatan di tempat kejadian menjumpai mayat mangsa yang rentung, dipercayai penghuni kuarters berkenaan dan dibawa ke bilik mayat Hospital Miri untuk bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI