fbpx

Aaron kecewa misi di Terbuka India gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kanan) dan Wooi Yik terpaksa akur dengan kehandalan beregu tuan rumah untuk mereka tersingkir di separuh akhir saingan Terbuka India. - AFP

KEGAGALAN melangkah ke pentas final Terbuka India memberi kekecewaan kepada pemain beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang tumpas kepada pasangan nombor dua dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty awal pagi semalam.

Impian pasangan di ranking keempat dunia untuk melakukan kejutan mara ke pentas final Terbuka India tidak kesampaian apabila mereka tewas dengan keputusan 18-21, 14-21 dalam tempoh 45 minit.

Bagi Aaron dan rakan sepasukanya, Wooi Yik, mereka sudah memberikan segala-galanya dengan baik terutama pada set pertama, namun nasib tidak begitu memihak terutama di set kedua selepas matanya terkena pukulan ‘smash’ pihak lawan.

“Saya rasa semuanya ok. Saya rasa ia tidak memberi kesan secara keseluruhannya, tetapi sedikit sahaja.

“Saya fikir, kami sudah memulakan permainan dengan baik di set pertama, namun di set kedua ia tidak memihak kepada corak permainan kami, jadi ia satu kekurangan buat kami ketika menentang mereka,” katanya.

Berdasarkan rekod 10 pertemuan sebelum ini, Aaron-Wooi Yik mempunyai kelebihan ke atas Rankireddy-Shetty dengan memperoleh lapan kemenangan berbanding lawan yang hanya meraih dua kemenangan.

Kemenangan tersebut membolehkan beregu dari India itu memperoleh kemenangan ketiga mereka dengan sebelum ini turut menumpaskan Aaron-Wooi Yik di separuh akhir Sukan Asia Hangzhou dan di pentas final Terbuka Indonesia 2023.

Untuk rekod, pada edisi Terbuka India tahun lalu, Aaron-Wooi Yik terkandas di pentas final sejurus tewas di tangan gandingan China, Liang Wei Keng-Wang Chang dengan keputusan 21-14, 19-21, 18-21.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI