fbpx

Angkasa hargai peranan media sebar kebaikan berkoperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Fattah bergambar bersama peserta Pertandingan Boling Persahabatan Angkasa dan Media 2024 di Sunway Megalanes, Petaling Jaya, Selangor hari ini. - Foto oleh SADDAM YUSOF/KOSMO!

PETALING JAYA – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menghargai peranan media sebagai perantara antara Angkasa dengan masyarakat.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, Angkasa mahu media terus menjadi rakan strategik membantu menyampaikan maklumat mengenai kebaikan berkoperasi.

“Khususnya peranan gerakan koperasi sebagai agenda ekonomi rakyat dan wahana pembangunan sosioekonomi utama negara seiring dengan hasrat dan aspirasi Dasar Koperasi Malaysia (DAKOM) 2030.

“Media memainkan peranan penting membentuk persepsi, menyebarkan maklumat dan membentuk pandangan serta peningkatan penghayatan prinsip koperasi melalui liputan berita, analisis mahupun rencana,” katanya pada Pertandingan Boling Persahabatan Angkasa dan Media 2024 di Sunway Megalanes di sini hari ini.

Seramai 72 peserta membabitkan 24 pasukan dari pelbagai agensi media mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan.

Abdul Fattah yang juga Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) seterusnya berkata, tanpa sokongan pengamal media sukar untuk Angkasa berkongsi maklumat mengenai koperasi secara menyeluruh kepada semua pemegang taruh.

“Angkasa berharap hubungan dan kerjasama ini akan kekal berterusan dan diperkukuhkan pada masa akan datang melalui aktiviti bersama dalam usaha mencapai hasrat murni menyebarluas maklumat mengenai koperasi sebagai wadah perjuangan ekonomi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI