fbpx

Pekerja kebun durian ditemukan mati, dua rakan sekerja ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki ditemukan mati dengan kesan kecederaan di sebuah pondok kebun durian di Jalan Air Terjun Chamang di Bentong semalam.

BENTONG – Seorang lelaki warga asing yang merupakan pekerja kebun durian ditemukan mati di sebuah pondok kebun durian di Jalan Air Terjun Chamang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, mayat mangsa yang berusia 29 tahun itu ditemukan dengan kesan kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Katanya susulan kejadian itu, pihak polis telah menahan dua lelaki warga Myanmar yang bekerja di kebun durian berkenaan.

“Pihak polis telah menahan dua lelaki warganegara asing yang mana seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan di kawasan kebun berkenaan dan seorang lagi lelaki berusia 31 tahun ditahan di lokasi berdekatan ketika cuba melarikan diri.

“Salah seorang daripada suspek yang ditahan turut mempunyai kesan kecederaan dipercayai berpunca daripada pergelutan,”katanya di sini hari ini.

Tambahnya, polis turut merampas sebilah parang dan sebilah pisau dipercayai digunakan suspek.

Dalam pada itu katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan masih giat dilakukan termasuk mengenalpasti punca kejadian.

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan dan pihak polis memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI