fbpx

Piala Asia: Impian Harimau Malaya musnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain tengah Bahrain, Moses Atede diasak pemain negara, Arif Aiman Hanapi pada aksi kedua Kumpulan E sebentar tadi. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Skuad Harimau Malaya mengucapkan selamat tinggal pada kempen Piala Asia 2023 selepas tewas 0-1 kepada Bahrain pada aksi kedua Kumpulan E di Stadium Jassim bin Hamad sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad Harimau Malaya yang dibimbing Kim Pan-gon membuat rombakan dalam kesebelasan utama dengan menggunakan formasi 5-4-1 apabila mempertaruhkan lima pemain pertahanan.

Situasi tersebut tidak menghalang buat pasukan untuk melakukan asakan awal apabila pertahanan, Dion Cools berjaya melakukan rembatan hasil gerakan set piece pada minit ke-6.

Peluang keemasan skuad negara hadir menerusi serangan yang dilakukan oleh Faisal Halim yang hampir disudahkan oleh Arif Aiman Hanapi pada minit ke-15 tetapi ditepis penjaga gol lawan.

Giliran Bahrain pula menyerang hasil daripada perancang, Kamil Al Aswad yang berjaya mengharungi situasi satu lawan satu sebelum rembatan yang dilakukan berjaya dikeluarkan pertahanan, La’vere Corbin-ong pada minit ke-30.

Bersambung pada separuh masa kedua, Pan-gon membuat kejutan dengan menukar strategi untuk merehatkan pemain tengah berpengaruh, Syamer Kutty Abba untuk digantikan dengan tonggak veteran, Natxo Insa.

Bahrain dilihat memperkemaskan jentera serangan dengan penyerang gantian, Abdullah Yusuf Helal berjaya melakukan tandukan pada minit ke-55 tetapi tersasar.

Kapten skuad negara, Matthew Davies hampir menghadiahkan gol kemenangan buat pasukan pada penghujung perlawanan tetapi rembatan volley yang dilakukan melepasi palang gol.

Tuah lebih memihak kepada Bahrain apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan hasil jaringan pemain sensasi, Ali Madan hasil daripada situasi sepakan penjuru.

Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan Harimau Malaya kekal tanpa sebarang mata selepas mengharungi dua perlawanan.

Skuad negara akan mengharungi aksi pelengkap jadual ketika bertemu Korea Selatan pada Khamis depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI