fbpx

Makin aneh, sudah-sudahlah Fatiya Latiff!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATIYA terus mengundang kecaman ramai apabila memuat naik foto dirinya dicium seorang lelaki.

HAMPIR setiap hari, ada sahaja cerita mengenai Fatiya Latiff yang menjadi bahan bualan ramai atau tular dalam media sosial.

Naik rimas juga sebab adakalanya Diva rasa Fatiya sengaja mencari publisiti ketika ini dengan perkongsian yang agak merepek.

Paling Diva tidak boleh terima fotonya dipeluk oleh seorang lelaki dengan kapsyen sudah berkahwin.

Pening hendak hadap hari-hari dan pendedahan yang dibuat juga kadang kala tidak masuk akal.

Diva rasa, Fatiya mungkin boleh ‘bercuti’ dan ambil tempoh bertenang selama beberapa hari atau minggu daripada media sosial.

Beri ruang diri sendiri untuk rehat dan bercutilah di Jepun dengan tenang tanpa sebarang kecaman.

Rasanya pasti ramai yang akan setuju dengan cadangan Diva tambahan pula, ada yang mula mendoakan terbaik buat Fatiya.

Harap tiada lagi drama aneh daripada Fatiya selepas ini.

DIVA: Harap isu hak penjagaan anak antara Noh Salleh dan Mizz Nina dapat diselesaikan secara baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI