JAKARTA – Sebuah rakaman video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang wanita memarahi ibu mentuanya kerana mengawal kewangan suaminya, lapor portal berita Tribun Jatim semalam.
Dalam salah satu klip video, jelas kedengaran suara pertengkaran antara si isteri dengan ibu mentuanya.
Kejadian itu dipercayai berlaku di daerah Luwu Utara dalam wilayah Sulawei Selatan.
Wanita tersebut turut mengaku bahawa dia merupakan isteri calon wakil rakyat di Luwu Utara.
Menurutnya, dia berasa kesal kerana selama berkahwin, wang hasil titik peluh suaminya dikawal oleh ibu mentuanya.
Ibu mentuanya pula membalas bahawa dia berhak ke atas wang anaknya kerana telah memelihara lelaki itu sejak kecil. – AGENSI