fbpx

Piala Asia: Waspada ancaman Moses Atede dan Yusuf Hilal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Moses Atede (tengah) menjadi salah seorang tunjang pasukan Kedah Darul Aman FC pada kempen musim lepas. - Foto ihsan KDA FC

PETALING JAYA – Dua pemain skuad kebangsaan Bahrain, Moses Atede dan Abdulla Yusuf Helal dijangka mampu jadi duri dalam daging buat skuad Harimau Malaya menjelang aksi kedua-dua pasukan dalam kempen Piala Asia 2023 malam ini.

Sebagai rekod, Atede tampil cemerlang apabila diletakkan dalam kesebelasan utama di posisi tengah meskipun pasukannya tewas 1-3 kepada Korea Selatan pada aksi pertama Kumpulan E, Isnin lepas.

Nama pemain tengah berusia 27 tahun itu tidak perlu lagi diperkenalkan dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) selepas mempamerkan aksi konsisten ketika bersama Kedah Darul Aman (KDA FC) sejak berhijrah pada pertengahan musim lalu.

Malah, pengendali Sang Kenari, Nafuzi Zain sebelum ini pernah menyatakan Atede antara pemain import yang memberi impak positif dalam pasukannya selain memiliki kepakaran menjadi ‘jeneral’ di atas padang.

Selain itu, seorang lagi pemain Dilmun Warriors yang bakal memberi cabaran buat Harimau Malaya adalah penyarung jersi No. 9, Yusuf Helal selaku penyerang utama pasukan itu.

Berdasarkan rekod, Yusuf Helal adalah pemain terbaik pasukan Bahrain ketika ini memandangkan statusnya yang masih beraksi di Eropah selain pernah bersaing di pentas Liga Juara-Juara (UCL) bersama Slavia Prague sebelum ini.

Pemain berusia 31 tahun itu juga turut memiliki pengalaman beraksi di Asia Tenggara apabila memilih untuk berkelana selama setahun di Indonesia dengan menyertai Persija Jakarta pada musim 2022.

Pengendali Bahrain, Juan Antonio Pizzi dijangka meletakkan Yusuf Helal bergandingan dengan Abdullah Al-Hashash yang berjaya menjaringkan gol ke atas Korea Selatan di posisi serangan nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN