fbpx

Hujan di Pahang, Johor, Sarawak, Sabah pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan hujan di beberapa kawasan di empat negeri pada pagi ini melibatkan Pahang, Johor, Sarawak serta Sabah.

MetMalaysia menerusi laporan di YouTube memaklumkan, hujan dilaporkan melanda sekitar Pahang dan Johor yang mana telah dikeluarkan amaran hujan berterusan semalam.

“Keadaan ini dijangka akan kembali baik sekitar lewat tengah hari nanti.

“Dalam masa sama, cuaca cerah dilaporkan di lain-lain tempat di Semenanjung yang dijangka kekal ke tengah hari,” katanya hari ini.

Berhubung keadaan cuaca di Sarawak pada pagi ini, hujan dilaporkan di kawasan yang telah dikeluarkan amaran semalam yang mana diramal kekal hingga ke petang.

“Namun, hujan juga dicerap di Miri malam semalam hingga awal pagi tadi manakala di Sabah, hujan meliputi Pantai Barat, Pedalaman dan Sandakan,” ujarnya.

Semalam Kosmo! melaporkan, MetMalaysia meramalkan hujan berterusan di beberapa kawasan di Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) serta dan Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) sehingga hari ini.

Seterusnya, amaran hujan berterusan di Sarawak bagi kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu turut berlarutan sehingga 21 Januari nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI