fbpx

Pelancong pulangkan batu dicuri dari Pompeii, dakwa terkena sumpahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita menghantar surat bagi meminta maaf kerana mencuri batu-batu di Pompeii, baru-baru ini. - Foto X/Gabriel Zuchtriegel

ROM – Seorang pelancong wanita yang mencuri beberapa ketul batu di tapak bersejarah Pompeii, Itali bertindak memulangkannya selepas mendakwa dia terkena sumpahan apabila menghidap kanser payudara, lapor akhbar Metro UK semalam.

Wanita tersebut memulangkan segenggam batu beserta nota yang menulis permohonan maaf kerana mengambil batu-batu itu.

“Saya tidak tahu mengenai sumpahan itu. Saya tidak tahu bahawa saya tidak sepatutnya mengambil mana-mana batu. 

“Dalam tempoh setahun, saya mendapat kanser payudara. Saya asalnya seorang wanita muda yang sihat. Sila terima permohonan maaf saya,” kata petikan isi kandungan surat tersebut yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

Ia turut disertakan perkataan ‘mi dispiace’ yang bermaksud ‘saya meminta maaf’.

Bandar Pompeii terkenal dalam lipatan sejarah kerana tertimbus semasa Gunung Berapi Vesuvius meletus pada 79 Masihi. 

Tinggalan bangunan, objek dan mayat manusia semuanya masih berada dalam keadaan baik yang menunjukkan detik kejadian itu.

Namun, bagi sesetengah orang, ia tidak mencukupi kerana selama bertahun-tahun, sejumlah artifak yang tidak diketahui termasuk batu, jubin dan tembikar telah dicuri.

Bagaimanapun, menurut laporan, mereka yang melakukan perbuatan itu mengalami keadaan-keadaan seperti ‘hukuman’ yang dipercayai sumpahan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI