fbpx

Penumpang mungkir janji bayar upah pemandu e-hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chen menunjukkan telefon yang ditemuinya kepada penumpang tersebut. - Douyin

BEIJING – Seorang pemandu e-hailing di Guangdong, China nekad memandu ke balai balai polis selepas seorang penumpang enggan membayar upah apabila dia memulangkan telefon miliknya yang tertinggal.

Portal berita Asia One melaporkan, Chen berkongsi rakaman kamera papan pemuka keretanya yang memaparkan kejadian itu dalam aplikasi Douyin.

Penumpang wanita itu menelefon Chen pada pukul 3 pagi (waktu tempatan), 5 Januari lalu dan memberitahu bahawa dia tertinggal telefon pintar miliknya di dalam kereta lelaki itu.

Chen meminta bayaran sebanyak 20 yuan (RM13) sebagai upah kerana memulangkan telefonnya dan wanita itu bersetuju.

Bagaimanapun, apabila Chen tiba di lokasi wanita itu berada, dia enggan membuat bayaran, malah mendakwa lelaki itu telah melanggar undang-undang.

Berang dengan kelakuan wanita itu, Chen memandu ke balai polis sejauh 18 kilometer dan menyerahkan telefon itu kepada polis.

Perjalanan itu mengambil masa 26 minit dan penumpang wanita tersebut terpaksa menanggung kos sebanyak 100 yuan (RM66) untuk mendapatkan semula telefonnya. 

Penumpang itu memfailkan aduan pada platform e-hailing, tetapi Chen berkata, syarikat itu memberitahu bahawa dia tidak melakukan sebarang kesalahan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI