fbpx

SUV rempuh pejalan kaki di Jerman, bayi turut terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengawal tempat kejadian rempuhan kereta di kawasan pejalan kaki di Trier, Jerman semalam. - AFP

TRIER, Jerman – Seorang bayi antara lima mangsa terbunuh selepas sebuah kereta merempuh sekumpulan pejalan kaki di satu kawasan beli-belah di sini semalam, kata polis selepas menahan pemandu kenderaan tersebut.

Pendakwa raya Peter Fritzen berkata, pemandu berumur 51 tahun itu dikatakan ada ‘masalah psikiatrik’ dan berada di bawah pengaruh alkohol semasa kejadian berlaku. Seramai 14 pejalan kaki lain dilaporkan cedera dalam insiden itu.

Fritzen berkata, pihak pendakwa raya sedang menimbangkan permohonan agar suspek diletakkan di bawah penjagaan psikiatrik.

Datuk Bandar Trier, Wolfram Leibe berkata, pemandu lelaki sebuah jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh mangsa menyebabkan bayi berumur sembilan bulan serta wanita berusia 73 tahun antara yang terbunuh.

“Saya merasakan hari ini adalah paling gelap sejak Perang Dunia Kedua,” katanya.

Dua lagi mangsa ialah wanita berumur 25 tahun dan lelaki berusia 45 tahun. Polis belum mengeluarkan maklumat mengenai mangsa kelima.

Ibu bayi berkenaan masih dirawat di hospital akibat kecederaan dalam kejadian rempuhan.

Beberapa saksi mendakwa melihat beberapa mangsa tercampak ke udara ketika dirempuh kenderaan tersebut.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.50 tengah hari. Polis tiba di lokasi kejadian dan menahan pemandu berkenaan.

Pasukan penguat kuasa kemudiannya menutup akses ke kawasan itu dan membawa keluar kira-kira 110,000 orang dari pusat bandar itu.

Canselor Jerman, Angela Merkel menyuarakan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada waris keluarga. Kenyataan itu disampaikan oleh jurucakapnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI