fbpx

Pelajar perempuan cedera dihempap dinding bangunan asrama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba bertungkus-lumus cuba mengeluarkan mangsa dari runtuhan konkrit ruangan mencuci pakaian asrama sekolah sekolah di Putera Jaya, Setiu hari ini.

SETIU – Seorang pelajar perempuan cedera setelah sebahagian dinding konkrit ruangan mencuci pakaian asrama sekolahnya tiba-tiba runtuh lalu menghempap pahanya di Kampung Putera Jaya di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.22 pagi itu, sebahagian tubuh remaja berusia 16 tahun berkenaan terperangkap di dalam runtuhan itu sehingga terpaksa dikeluarkan dengan bantuan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Mohd. Razli Rapiae berkata, sepasukan anggota bomba bergegas ke sekolah berkenaan sebaik menerima maklumat berhubung kes itu.

“Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan empat terpaksa dikeluarkan dari runtuhan itu dengan menggunakan peralatan khas. Kerja-kerja mengeluarkan mangsa mengambil masa kira-kira 15 minit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Razli berkata, pelajar perempuan itu kemudiannya dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Setiu di sini untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI