fbpx

Piala Asia: Hanya perlu fokus cari kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEBIJAKSANAAN Pan-gon dalam merencanakan strategi terbaik berdepan Bahrain malam ini sangat diperlukan untuk memburu kemenangan. - FB FAM

SKUAD Harimau Malaya tidak perlu memikirkan mengenai rekod pertemuan lampau mahupun kedudukan ranking pasukan Bahrain menjelang aksi ‘hidup mati’ Kumpulan E pada kempen Piala Asia 2023 di Stadium Abdullah bin Khalifa malam ini.

Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya telah menentang Bahrain sebanyak 12 perlawanan antarabangsa sejak 1978 dan hanya meraih dua kemenangan sepanjang tempoh berkenaaan itu pada tahun tersebut.

Selepas itu, pasukan negara gagal meraih sebarang keputusan positif pada 10 pertemuan kompetitif berikutnya termasuk tewas pada tiga perlawanan terakhir sebelum ini.

Jurulatih berpengalaman yang kini bergelar penganalisis sukan, Irfan Bakti Abu Salim percaya tiada apa yang mustahil dalam bola sepak, tetapi dengan syarat barisan pemain negara perlu yakin dengan keupayaan diri.

Kata Irfan, rekod pertemuan dengan Bahrain atau kedudukan ranking lebih tinggi pasukan lawan tidak boleh dijadikan sebagai kayu ukur dalam memastikan pasukan negara dapat mencuri mata berharga nanti.

“Saya harap pasukan tidak fikirkan tentang kedudukan ranking pasukan lawan kerana di atas padang apa sahaja boleh berlaku. Kita boleh lihat bagaimana Arab Saudi menewaskan Argentina di pentas Piala Dunia yang lepas.

“Kita juga tidak perlu hirau dengan rekod yang lepas kerana sebelum ini prestasi pasukan agak tidak konsisten ketika bertemu negara Asia Barat. Namun, kita masih mampu ikat Syria pada dua aksi persahabatan sebelum ini.

“Justeru, kunci kejayaan pasukan adalah memastikan motivasi serta tahap keyakinan pemain berada pada tahap terbaik kerana ini adalah perlawanan penentuan buat negara,” katanya kepada Kosmo!

Mengulas lanjut, bekas pengendali skuad Terengganu FC (TFC) itu turut menyeru agar kesilapan mudah yang dilakukan seperti ketika tewas kepada Jordan itu tidak berulang semula kerana ia boleh menjejaskan misi pasukan nanti.

“Kita kena dapat satu atau tiga mata untuk mencerahkan peluang (ke pusingan seterusnya). Tiada ruang untuk kesilapan dan harap tiada lagi perubahan drastik dibuat dalam pemilihan pemain.

“Barisan pemain terutama tonggak penting seperti Faisal Halim dan Arif Aiman Hanapi diharap dapat tampil lebih yakin di atas padang nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI