fbpx

Lebih 3,000 jam dinding azan digital bernilai RM1.1 juta disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rampasan barangan Al-Quran dalam bentuk jam dinding digital di Kompleks Setia Perkasa hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA- Penjualan jam dinding azan digital mengandungi audio 30 juzuk al-Quran akhirnya terbongkar apabila ia tiada perakuan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Kegiatan tersebut berjaya dikesan hasil risikan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN ke atas beberapa portal e-dagang tempatan yang memasarkan produk berkenaan.

Menurut Setiausahanya, Yusaimi Yusof, menerusi pengintipan pihaknya beberapa bulan lepas, pihaknya bertindak melakukan serbuan serentak terhadap empat premis berbeza.

“Kami menjalankan operasi itu bulan lalu dan kesemuanya terletak di Lembah Klang serta berjaya menahan empat lelaki tempatan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, semua suspek ditahan itu berusia 30-an dan kes rampasan melibatkan sejumlah 3,254 unit jam berkenaan dengan nilai yang dianggarkan melebihi RM1.1 juta.

Produk tersebut ujarnya, dipercayai dibawa masuk dari China dan sudah dijual berleluasa secara atas talian lebih setahun lepas dengan harga paling rendah iaitu RM350 seunit.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI