fbpx

Stesen baharu kereta api Seremban Sentral bernilai RM170 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTHONY Loke Siew Fook ketika mengadakan lawatan ke tapak pembinaan sempena Majlis Pelancaran Stesen Baharu Seremban Sentral di Seremban hari ini.-FOTO/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Stesen baharu kereta api Seremban Sentral bernilai kira-kira RM170 juta bakal menjadi salah satu mercu tanda penting bagi bandaraya ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, projek stesen baharu kereta api berkenaan diluluskan di peringkat Kabinet dua hari lalu dan terus dilancarkan hari ini.

Menurutnya, pelancaran segera itu diambil pihaknya sebagai mengambil iktibar ucapan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali semasa pemukiman jemaah menteri baru-baru ini bahawa keputusan tepat dan tindakan cepat perlu dilaksanakan untuk menjadi sebuah kerajaan yang efektif.

“Ini adalah salah satu komitmen untuk membantu mempercepatkan projek-projek pembangunan terutamanya yang berimpak tinggi seperti Stesen Seremban Sentral ini.

“Di peringkat Kementerian Pengangkutan, saya memberikan komitmen mempercepatkan proses pembangunan Seremban Sentral ini. Saya mahu ingatkan kepada kontraktor juga, projek ini tidak akan ada EOT (Extension of Time), projek ini mesti disiapkan dalam tempoh 24 bulan, tidak boleh lebih daripada tempoh itu.

“Ini projek yang besar bagi bandar raya Seremban, satu mercu tanda, ini projek penting dan amat mengharapkan ia dapat dibuat dengan sebaiknya, projek lain mungkin saya tidak dapat pantau selalu namun projek ini di Seremban dan tiap-tiap minggu saya akan pantau projek ini,” katanya sewaktu berucap pada Majlis Pelancaran Stesen Baharu Seremban Sentral di Depoh DMIA, Taman Bukit Tembok di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI