fbpx

Hujan berterusan di Pahang serta Johor sehingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan berterusan di beberapa kawasan di Pahang dan Johor sehingga esok.

Menurut jabatan itu dalam perkongsiannya di laman Facebook, di Pahang amaran itu membabitkan kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Manakala di Johor ia membabitkan daerah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Selain itu, amaran hujan berterusan di Sarawak bagi kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu turut berlarutan sehingga 21 Januari nanti,” katanya.

Jelas MetMalaysia, pihaknya turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal di Sabah membabitkan kawasan Pedalaman (Nabawan), Tawau dan Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI