fbpx

Belum puasa, 10 Mac tengok anak bulan – Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI Nurhaliza tampil menjawab dakwaan netizen dengan menjelaskan konsertnya nanti tidak berlangsung pada bulan Ramadan.

PETALING JAYA – Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyelar segelintir netizen yang masih melontarkan respons negatif terhadap penganjuran Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza pada 9 Mac depan.

Menurut Siti atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin, 45, konsert tersebut berlangsung sebelum Ramadan, bukan seperti mana yang didakwa netizen.

“Saya betulkan, tarikh 10 Mac merupakan hari tengok anak bulan puan.

“Belum berpuasa lagi tetapi saya doakan puan dan keluarga juga,” balasnya dalam ruangan komen.

TANGKAP layar jawapan balas Siti Nurhaliza terhadap dakwaan seorang netizen.

Pelantun lagu Anta Permana itu berkata demikian bagi membalas komen seorang individu yang melemparkan tuduhan bahawa konsertnya berlangsung pada bulan Ramadan.

“Akhir zaman, malam Ramadan itu, 10 Mac sudah puasa,” ujarnya.

Semalam, menerusi kenyataan rasmi syarikat yang turut dinaungi Siti iaitu Yayasan Nurjiwa, menjelaskan tujuan utama konsert itu diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada mangsa perang di Palestin yang memerlukan bantuan segera.

Pada masa sama, Yayasan Nurjiwa turut memaklumkan, menurut pengurusan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) hanya  Mac sahaja tarikh kosong yang ada untuk sepanjang tahun 2024.

Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan teguran Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor berhubung penganjuran acara mega bertarikh 9 Mac tersebut agar dianjakkan ke tarikh baharu bagi menghormati kehadiran bulan Ramadan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI