fbpx

Dilanggar kereta sebelum ditemukan mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba melakukan proses sanitasi terhadap mayat wanita warga emas yang ditemukan terbaring di Jalan Kampung Kedah, Kuala Selangor kelmarin.

KUALA SELANGOR – Seorang wanita warga emas dipercayai menjadi mangsa langgar lari sebelum mayatnya dijumpai terbaring dengan kecederaan di kepala di Jalan Kampung Kedah, Kampung Kuantan di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, penemuan tersebut hasil laporan bedah siasat dilakukan di Hospital Sungai Buloh pukul 3 petang tadi.

“Berdasarkan laporan mendapati kecederaan dialami mangsa adalah pelbagai kecederaan.

“Doktor yang menjalankan bedah siasat mempercayai mangsa dilanggar kereta,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Jelas beliau, kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kosmo! sebelum ini melaporkan mayat seorang wanita warga emas ditemukan dengan kesan kecederaan di bahagian kepala terbaring di Jalan Kampung Kedah, Kampung Kuantan di sini semalam.

Mayat wanita dikenali Majenah Ketik, 79, dijumpai orang awam kira-kira pukul 8.11 malam sebelum menghubungi pihak polis.

“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa ditemukan kira-kira 80 meter dari rumahnya dan tiada wang tunai miliknya hilang.

“Mangsa berkemungkinan dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari rumah jirannya,” kata Ramli. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI