fbpx

Anwar kekal pendirian tidak ambil gaji hingga ekonomi pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

CYBERJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengulangi pendirian tidak akan mengambil gaji sehingga ekonomi negara pulih sepenuhnya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pendirian itu juga turut kekal dalam kalangan Jemaah Menteri Kabinet iaitu pemotongan gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan.

“‘Seriously setakat ini, saya umumkan saya tidak ambil gaji dan potongan 20 peratus bagi yang lain (Jemaah Menteri) selagi ekonomi tidak pulih sepenuhnya.

“Dan hari ini baru ada perubahan (ekonomi), tetapi belum boleh lagi (ambil gaji),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Pemukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan 2024 di sini hari ini.

Pada sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri pada 24 Nov 2022, Anwar dilaporkan menegaskan pendiriannya bahawa beliau tidak akan mengambil gaji bagi jawatan itu dan menyifatkan ia sebagai langkah pertama bagi menarik keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI