fbpx

Pengeboman Bali: Keluarga harap tahanan dibawa pulang ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

MUAR – Keluarga salah seorang tahanan Amerika Syarikat di Kem Guantanamo, Cuba mengharapkan agar dapat dibawa pulang ke Malaysia dan seterusnya menjalani hukuman di negara ini.

Menurut Najib Lep, 60, adiknya Mohammed Nazir Lep, 48, akan dibawa balik selepas dijatuhkan hukuman minggu hadapan apabila membuat pengakuan bersalah selepas kira-kira 22 tahun ditahan di kem itu.

Katanya, seluruh keluarga di Muar dan Pagoh amat mengharapkan Nazir menjalani hukuman dan mengikut undang-undang tahanan di negara ini.

“Nazir merupakan anak yatim kerana dilahirkan hanya selepas 17 hari arwah ayah meninggal dunia pada bulan Disember 1976 dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh ibu.

“Justeru jika perlu menjalani sisa hukuman dari tarikhnya ditahan biarlah dilakukan di negara ini agar hidup matinya terbela dan di hadapan keluarga,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini menyatakan dua rakyat Malaysia yang terlibat dalam pengeboman di Bali, Indonesia pada tahun 2002 mungkin akan dibawa balik ke negara ini selepas jatuhan hukuman.

Mohammed Nazir dan seorang lagi rakyat Malaysia, Mohammed Farik Amin dituduh sebagai rakan sejenayah kepada Hambali dan didakwa bersamanya namun kes diasingkan pada tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI