fbpx

Lori ikan terbabit kemalangan, trafik sesak 11 km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki maut apabila terbabit dalam nahas antara treler membawa muatan makanan ringan dan sebuah lori 10 tan membawa muatan ikan di kilometer 234.7, Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara), di sini, petang tadi. -Foto BOMBA

REMBAU – Seorang lelaki maut selepas treler muatan makanan ringan dan lori seberat 10 tan yang membawa ikan terbabit kemalangan di Kilometer 234.7, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini, petang tadi.

Dalam kejadian itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada pukul 2.42 petang.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota, Zaini Saleh, tiga lelaki berusia 35 hingga 45 tahun terbabit dalam kemalangan tersebut.

“Dua mangsa berusia 45 tahun, manakala seorang lagi berusia lima tahun. Seorang daripada mereka maut, seorang cedera manakala seorang lagi selamat (tanpa sebarang kecederaan).

“Mangsa yang cedera diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM), manakala, mangsa yang maut diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Tambah Zaini, kemalangan itu turut dibantu pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Melaka.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkan, lorong kiri dan tengah masih ditutup dan trafik perlahan sejauh lebih 11 kilometer (km). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI