fbpx

Pelantikan CEO KWSP diumum dalam masa terdekat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

CYBERJAYA- Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diumumkan dalam masa terdekat selepas calon melalui beberapa tapisan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, proses pemilihan calon bagi menyandang jawatan itu perlu dihormati yang mana nama dikemukakan oleh pasukan memilih.

“Akan diputuskan segera, ia kerana proses harus dihormati. Ada calon dikemukakan oleh pasukan yang memilih mengikut kepakaran masing-masing,” katanya pada sidang akhbar pada Program Pemukiman Anggota Jemaah Negeri Kerajaan Perpaduan 2024 di sini tadi.

Ketika ditanya mengenai calon yang akan dipilih, Anwar yang juga Menteri Kewangan memberitahu, proses tersebut akan disegerakan.

“Seperti biasa, dalam semua pelantikan calon perlu melalui tapisan SPRM, Bank Negara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

“Itu (proses pemilihan) ambil masa beberapa minggu,” jelasnya.

Sebelum ini, KWSP memaklumkan, pelantikan CEO baharu akan diumumkan dalam masa terdekat selepas Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilantik sebgai Menteri Kewangan II. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI