fbpx

Polis Petaling Jaya cari Thanabalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thanabalan.

PETALING JAYA – Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang saksi bagi satu perbicaraan kes dadah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, saksi tersebut dikenali sebagai Thanabalan Ramasamy, 45.

Katanya, Thanabalan merupakan saksi bagi perbicaraan kes mengedar dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Saksi diminta hadir bicara pada 22, 23 dan 24 Januari ini di Mahkamah Tinggi Jenayah 5, Shah Alam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Fakhrudin, orang ramai diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Zuhairi Mohd Yusof di talian 017-2306366 sekiranya mempunyai maklumat berhubung lelaki tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI